Rilakkuma

こんにちは Kon'nichiwa :) Semenjak umur dah meningkat remaja nih, walaupun saiz badan dan tinggi sekali tengok macam budak form bawah. Hakikatnya aku dah form4 okay. Okay back to the topic, semenjak usia dah makin meningkat nih .. aku jadi lebih berminat dengan benda-benda yang comel. Err .. bukan setakat berminat, boleh dikatakan tahap obsess. Danggg ! Kenyataan ni sedikit sebanyak merisaukan aku, sebab dulu time budak-budak aku memang rimas gila dengan barang yang ada aura-aura comel. bagi aku itu semua poyo! Dulu kalau setiap kali keluar jalan-jalan, aku lagi suka pakai jersey & baju budak laki berbanding baju perempuan yang kene dress-up bagai, kene iron.. Aku suka pakai baju budak laki bukanlah sebab aku ni tomboy.. tapi sebab bagi aku, baju budak laki ni senang .. Besar, tak nampak bentuk badan & selesa . Dulu, aku paling benci tengok teddy bear dan sepupu-sepapatnya. Dah la merimaskan! berbulu-bulu pulak tuh. Tapi sekarang aku rasa 1 keajaiban telah berlaku. Jengjenggg.. Bab pakaian tu tak boleh nak cakap papelah , sebab aku ni jenis simple.. Atau lebih tepatnya, pemalas. Aku tibai je apa yang ada. Asalkan pakai baju. Kalau pakai tudung pun, peduli apa aku dia match ngan baju ke tidak, janji tutup aurat. Tapi sekarang nih uols, iols dah gilakan 1 binatang nih. RILAKKUMA . Mula-mula aku pelik jugak, pahal nama pelik bebeno ? Binatang ape pulak tuh ? Setelah deselidik, binatang tersebut merupakan bear yang bermata serta bertelinga bulat. At first aku tengok , ohhemmjiiiii ... comel nya ! Macam tak percaya aku akan cakap macam tuh. Adakah sumpahan dari Rilakkuma tersebut kerana telah mencaci keturunannya dahulu ? Yeahh .. dan sekarang bilik aku penuh dengan Family Rilakkuma. And yang paling best, aku dapat hadiah birthday from my sister , Beg rilakkuma yang lengkap bertelinga.

One Litre Of Tears

Yeahh I'm back :D . Semalam 14 Februari 2013, aku ada tengok 1 cerita Jepun . 'One Litre Of Tears' . Sebenarnya tu cerita betul, Budak perempuan ni nama dia Kitou Aya. Dia kene 'Spinocerebellar Atrophy' atau lebih mudah, sakit barah otak pada umur 14 tahun . Dan beliau meninggal ketika berusia 25 tahun . 'One Litre Of Tears' ni sebenarnya diari Aya. Banyak pengajaran dalam cerita nih, Cerita ni memang sedih gila lah.. mungkin pada sesetengah orang, cerita tu biasa-biasa je . Tapi bagi aku tak , sebab ibu susuan aku pun pernah menghidap penyakit yang sama. Aku pernah jaga dia masa dia sakit kat hospital. Memang tak sampai hati tengok Ma terus sakit macam tuh. Tapi kitorang tak boleh buat apa.. Memang betul , penyakit tu takde ubat. Dah macam2 ikhtiar. Lepas sakit beberapa bulan , Ma meninggal pada 9 Desember 2012. Apa yang dihidapi budak perempuan dalam cerite tuh, sebijik macam Ma aku sakit dulu. Dia tak boleh menulis & membaca.. Tak boleh berjalan. Dia akan lupa apa yg dia nak cakap. Sampai sekarang aku terpikir, kenapa mesti Ma yang dapat sakit tu ? Mungkin Allah lebih sayangkan Ma .. Ma, be strong .. :') Btw, memang aku kagum gila dengan Aya Kito tuh. still strungle untuk hidup. You're hero ! cerita ni banyak bagi aku kesedaran, kita patut bersyukur . “I won’t be impatient, I won’t be greedy, I won’t give up. Because everyone takes things step by step.” — Aya Kito “Why did this disease choose me? I cannot carry it, if it is just for the word ‘fate’“ “I put my hand on my chest.I can feel my heart beating! my heart is working I’m so pleased.I’m still alive!” “Mom I cannot walk any more I wrote on a sheet of paper”, “I cannot stand even if I hold on to something” Kitou Aya