Rilakkuma

こんにちは Kon'nichiwa :) Semenjak umur dah meningkat remaja nih, walaupun saiz badan dan tinggi sekali tengok macam budak form bawah. Hakikatnya aku dah form4 okay. Okay back to the topic, semenjak usia dah makin meningkat nih .. aku jadi lebih berminat dengan benda-benda yang comel. Err .. bukan setakat berminat, boleh dikatakan tahap obsess. Danggg ! Kenyataan ni sedikit sebanyak merisaukan aku, sebab dulu time budak-budak aku memang rimas gila dengan barang yang ada aura-aura comel. bagi aku itu semua poyo! Dulu kalau setiap kali keluar jalan-jalan, aku lagi suka pakai jersey & baju budak laki berbanding baju perempuan yang kene dress-up bagai, kene iron.. Aku suka pakai baju budak laki bukanlah sebab aku ni tomboy.. tapi sebab bagi aku, baju budak laki ni senang .. Besar, tak nampak bentuk badan & selesa . Dulu, aku paling benci tengok teddy bear dan sepupu-sepapatnya. Dah la merimaskan! berbulu-bulu pulak tuh. Tapi sekarang aku rasa 1 keajaiban telah berlaku. Jengjenggg.. Bab pakaian tu tak boleh nak cakap papelah , sebab aku ni jenis simple.. Atau lebih tepatnya, pemalas. Aku tibai je apa yang ada. Asalkan pakai baju. Kalau pakai tudung pun, peduli apa aku dia match ngan baju ke tidak, janji tutup aurat. Tapi sekarang nih uols, iols dah gilakan 1 binatang nih. RILAKKUMA . Mula-mula aku pelik jugak, pahal nama pelik bebeno ? Binatang ape pulak tuh ? Setelah deselidik, binatang tersebut merupakan bear yang bermata serta bertelinga bulat. At first aku tengok , ohhemmjiiiii ... comel nya ! Macam tak percaya aku akan cakap macam tuh. Adakah sumpahan dari Rilakkuma tersebut kerana telah mencaci keturunannya dahulu ? Yeahh .. dan sekarang bilik aku penuh dengan Family Rilakkuma. And yang paling best, aku dapat hadiah birthday from my sister , Beg rilakkuma yang lengkap bertelinga.

No comments:

Post a Comment